
JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk melihat anak sulung lelakinya menerima ijazah pada Konvokesyen Ke-41 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam, tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia kira-kira 100 meter sebelum memasuki Dewan Sultan Iskandar universiti itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, bekas Timbalan Pengarah Pos Malaysia Johor, Abdullah Halos, 55, dikatakan rebah ketika berjalan bersama isteri dan tiga anaknya selepas meletakkan kereta berhampiran tasik UTM, kira-kira 400 meter dari dewan berkenaan.
Pasukan perubatan UTM yang kebetulan berada di kawasan itu, membawa Abdullah ke Pusat Kesihatan UTM dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan, tetapi disahkan sudah meninggal dunia.
Anaknya, Mohd Fairul, 23, berkata ketika itu beliau bersiap di belakang dewan untuk menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik yang dijadualkan pada jam 1.30 tengah hari.
"Saya terkilan ayah tidak sempat melihat saya menerima ijazah. Namun, kami reda dengan pemergiannya kerana Allah lebih menyayanginya," katanya.
http://www.bharian.com.my/
0 comments:
Post a Comment