Perginya seorang Mujahidah

Posted by A New Hope A New Inspiration at 2:07 AM

Monday, August 25, 2008


Arwah Nohannan Bte Mohamed

Petang semalam telah berlaku satu kemalangan yang menyebabkan seorang muslimat, Norhanan bte Mohamad, tahun 2 ijazah sarjana muda Pengajian Islam meninggal dunia dan seorang lagi rakannya,Nurhamizah, tahun 2 ijazah sarjana muda Pengajian Islam, cedera parah dan kini sedang terlantar di hospital Sultanah Aminah Johor Bharu. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 4 petang semalam yang melibatkan pertembungan antara sebiji motor dan kereta. Arwah Norhanan merupakan seorang yang aktif dalam kegiatan dakwah kepada Non Muslim di bawah Jawatankuasa Kelab Saudara Kita (JKSK UTM).

Kejadian kemalangan telah kerap kali berlaku di tempat yang sama dengan tempat kejadian semalam. Sebelum ini, Mantan Presiden PMIUTM 2005, Saudara Muhajirih juga pernah mengalami kemalangan di tempat sama yang mana memaksa beliau untuk menggunakan kerusi Roda semasa penganugerahan ijazah pada tahun lepas.

Oleh itu, kami dari PMIUTM menggesa pihak yang bertanggungjawab untuk mengkaji semula jalan tersebut kerana ia kerap kali mengancam nyawa pengguna khususnya pelajar dan juga staf UTM. Perkara ini perlu di pandang serius oleh pihak pentadbiran Universiti untuk memastikan laluan yang digunakan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

Berhubung dengan kejadian yang berlaku semalam,PMIUTM dan juga beberapa persatuan lain telah melancarkan kutipan kilat bagi membantu meringankan beban keluarga beliau. Dan akhir sekali, marilah sama-sama kita sedekahakan Al-Fatihah kepada Arwah Norhanan Bte Mohamed, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pemergian beliau dan semoga Allah menerima segala amal ibadat yang beliau telah lakukan.

***Maklumat Terbaru

Nurhamizah sedang tenat (peparu berjangkit dan sesak nafas) di hospital sultanah aminah sekarang...

Tolong solat hajat dan doakan moga Allah beri kesihatan kepadanya dan pulih kembali insya-Allah..

0 comments: