GMMA ANGGAP KENYATAAN IDRIS HANYA SANDIWARA

Posted by A New Hope A New Inspiration at 2:26 PM

Thursday, August 21, 2008


KUALA LUMPUR 20 Ogos- Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) hari ini menyifatkan bahawa kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Idris Haron di dalam akhbar Berita Harian hari ini yang mendakwa akan mengambil tindakan ke atas para pelajar UiTM yang berdemonstari membantah kenyataan MB Selangor baru-baru ini hanyalah lakonan sandiwara dan gimik politik semata-mata

Menurut jurucakap GMMA, saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz, kenyataan sedemikian ditimbulkan kerana pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berasa bimbang dengan kebangkitan mahasiswa akhir-akhir ini dalam menyuarakan pandangan mereka termasuk menggunakan demonstrasi jalanan

“Beliau kata kononnya nak ambil tindakan terhadap pelajar UiTM yang sertai demonstrasi, tetapi kemudiannya menyerahkan kepada pihak lembaga universiti untuk ambil tindakan, sedangkan pihak yang membenarkan serta memberi ‘cuti khas’ kepada mereka untuk berdemonstrasi adalah pihak pentadbiran UiTM sendiri, jadi sudah tentulah para pelajar ini tidak akan diambil tindakan tatatertib” katanya.

“Sebaliknya pihak pentadbiran UiTM termasuklah Naib Canselornya sendirilah yang perlu diambil tindakan kerana mengapi-apikan para pelajar serta memberikan sokongan dan ‘sponsor’ kepada mereka untuk berdemonstrasi” katanya lagi.

Dalam pada itu, menurut beliau lagi, berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri tersebut membuktikan bahawa sekatan dan kongkongan yang dikenakan ke atas mahasiswa untuk menyuarakan pandangan masih belum berakhir walaupun pindaaan akta tersebut akan dilaksanakan.

“Ini merupakan satu lagi bukti bahawa pindaan AUKU yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan hanya bersifat kosmetik semata-mata” katanya.

“Dalam akhbar Berita Harian hari ini terang-terang beliau mengatakan bahawa kerajaan tidak berhasrat membenarkan pelajar untuk berdemonstrasi walaupun selepas AUKU dipinda” ujarnya lagi.

Justeru beliau secara peribadi menyokong penuh pendirian Pengerusi Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak), Profesor Wan Manan Wan Muda supaya rang pindaan AUKU tidak didebatkan di Parlimen sehingga perbincangan yang lebih terperinci di pihak-pihak berkepentingan termasuk mahasiswa dan ahli-ahli akademik dapat dilaksanakan. -mahasiswakini.com

3 comments:

H@Z@ said...

Hmm...mmg skang ni byk sgt sandiwara politik,x dpt nk dibendung dah.
Smuanya demi mempertahankan jawatan dan pangkat yang begitu dsayangi daripada tanggungjawab thadap rakyat,zzzzzzzz

superbmadlin said...

kita tukar kerajaan.mansuhkan AUKU.

MyKy said...

Apakah tindakan yang boleh diambil, apabila TNC UiTM sendiri merupakan penyokong kuat UMNO?

Sudahlah ucapan beliau sendiri yang menghina UiTM itu sendiri
“UiTM is the last resort for Malay students. If we dismantle this, that is the end of the Malays,” he said when presenting a paper at the Bumiputra Economic Convention 2008 on Saturday.

Source: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/21/nation/21876306&sec=nation

Saya berharap blogspot ini akan berlaku sebagai portal bagi UTMstudent. Berharap jugalah supaya entries kat sini lebih subjektif dan bukan terlalu biased

salam sejahtera
:)