Nama Aspirasi Tidak Lagi Relevan

Posted by A New Hope A New Inspiration at 10:03 AM

Thursday, September 11, 2008


Kuala Lumpur 10 September – Kemungkinan besar dalam pilihanraya kampus kali ini, Gabungan Mahasiswa Pro Pentadbiran (Aspirasi) yang mewakili suara mahasiswa pro-kerajaan akan menukarkan namanya. Ini adalah disebabkan beberapa faktor yang berlaku lantaran tsunami politik yang melanda di peringkat nasional.

Akibat daripada kebangkitan suara rakyat yang berlaku, Aspirasi terasa tergugat dengan prestasi kerajaan sekarang yang memungkinkan mereka kalah menjelang pilihanraya kampus kali ini.

Antara faktor pertukaran nama ini adalah disebabkan kes Saiful Bukhari Azlan. Ini adalah disebabkan Saiful Bukhari telah mencemarkan nama Aspirasi itu sendiri. Untuk makluman, Saiful merupakan seorang yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.

Lantaran imej buruk Saiful ini telah memalukan kesemua nama Aspirasi di kampus lain kerana produk hasil daripada kepimpinan Aspirasi ini akhirnya melahirkan manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keuntungan diri sendiri, hatta diminta bersumpah sekali pun.

Mengikut maklumat, cadangan pertukaran nama bagi Aspirasi adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Ini adalah disebabkan GPMS telah masuk ke segenap universiti di Malaysia terutamannya universiti di Lembah Kelang.

Di Universiti Malaya, GPMS mula menapak ketika minggu pengenalan persatuan (PROMO 08’) yang lalu. Perasmian penubuhan GPMS ini telah berlangsung di Kompleks Perdana Siswa (KPS). Pergerakan GPMS juga rancak di Universiti Kebangsaan Malaysia, iniu adalah kerana keahlian GPMS yang dahulu hanya aktif di sebuah kolej kediaman kini diluaskan di setiap kolej.
Selain itu, di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), nama REVO tidak digunakan lagi dan digantikan dengan GPMS sempena PRK yang lepas untuk membuktikan kekuatan mereka.
Perjalanan pegerakkan GPMS paling rancak ialah di Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) yang mana telah berjaya mengadakan demonstrasi besar-besaran tanda protes kepada kenyataan Menteri Besar Selangor yang memberikan peluang kepada bukan bumiputera masuk ke dalam universiti tersebut.

kemaskini (11 September 4.30am)

Berdasarkan beberapa maklumat yang diperolehi, Aspirasi Universiti Malaya akan menggunakan nama Revolusi Mahasiswa (Revo-M) bagi menggantikan nama Aspirasi yang telah teruk tercemar.

Menurut seorang jentera Aspirasi , perubahan itu diperlukan bagi mengalihkan pandangan mahasiswa terhadap nama Aspirasi yang telah dipandang serong lantaran mutu kepimpinan YDP MPMUM yang terlalu lemah dan bermasalah.

Menurutnya lagi, nama GPMS mungkin tidak akan digunakan lantaran bantahan dalaman di kalangan jentera mereka sendiri.

Diambil dari:
http://mahasiswakini.com

1 comments:

superbmadlin said...

bungkus jerk pro aspirasi tue. macam xda function jerk kat utm nie...