Kadar bayaran baru barang elektrik bebankan penuntut UTM

Posted by A New Hope A New Inspiration at 2:33 AM

Friday, July 11, 2008

Kadar bayaran baru barang elektrik bebankan penuntut UTM

SEBAGAI pelajar universiti, krisis kenaikan mendadak harga makanan dan keperluan lain amat membebankan. Peruntukan kewangan amat penting kepada pelajar untuk perbelanjaan makanan, pelbagai yuran pengajian sehingga hal sekecil-kecil untuk membayar fotostat nota.

Saya terpanggil untuk membangkitkan isu ini, apabila membaca surat pekeliling kepada pelajar daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertarikh 25 Jun lalu, mengenai kadar bayaran membawa barang elektrik.

Sebelum ini, kadar bayarannya tidaklah menimbulkan rasa tidak puas hati kerana kadarnya agak munasabah, namun, kini ia menimbul masalah. Menerusi surat pekeliling baru, kadar bayaran yang dikenakan bagi sesetengah barang meningkat sehingga empat kali ganda.

Barang seperti seterika, cerek, pengering rambut dan pembakar roti dikenakan RM20/semester setiap satu, manakala RM10/semester untuk radio. Kadar terbaru seperti disebutkan di atas sudah amat membebankan pelajar.

Kalau benar pihak universiti mahu menyahut Kempen Penjimatan Utiliti, sekurang-kurangnya fikirkanlah keadaan pelajar terlebih dulu sebelum menaikkan kadar bayaran.

PELAJAR MISKIN,
Kolej Tun Razak UTM,
Skudai, Johor.

Diambil daripada Berita Harian Online.


Read more...